Kemudahan asas Kampung_Changkat_Ibol

Pendidikan

Di Kampung Changkat Ibol, terdapat sebuah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Changkat Ibul yang telah dibina demi pendidikan anak-anak termasuklah dari Kampung Changkat Ibol sendiri, Kampung Senduk Tengah, Kampung Senduk Hulu, Kampung Tengah, Kampung Sungai Petai, Kampung Cengal Jantan dan juga beberapa kampung yang berhampiran.

SK Changkat Ibul (tidak pasti mengapakah sekolah ini menggunakan perkataan 'Ibul' berbanding perkataan 'Ibol' pada nama kampung. Namun yang pastinya perkataan 'ibul' ialah sejenis tumbuhan palma yang beracun. Namun sehingga hari ini, belum ada satu kajian yang dapat memastikan sama ada wujudnya pokok 'ibul' di kampung ini. Mungkin perbezaan ejaan ini berlaku disebabkan oleh sebutan orang dulu-dulu yang dituturkan oleh loghat yang berbeza.

SK Changkat Ibol juga telah melahirkan banyak cendekiawan-cendekiawan yang berjiwa besar. Bahkan ada dalam kalangan mereka menjawat jawatan yang besar dan menjadi ahli agama yang tersohor.

Tempat beribadat

Kampung Changkat Ibol ini mempunyai satu masjid yang menyatukan semua penduduk dari kampung-kampung yang berdekatan yang diberi nama Masjid Al-Ahmadi (Nama diambil sempena nama tokoh ilmuan yang lahir dari kampung ini iaitu Ustaz Ahmad (beliau banyak mengajar ilmu menerusi pengajian-pengajian di madrasah dan pondok-pondok pada suatu ketika dahulu dan juga melahirkan anak-anak yang tidak kurang hebatnya).